Wednesday 12 October 2011

EDISI REPORT:DAY2- AO NANG,KARABI HOLIDAY

DAY 1 bole klik SINI!

19 OCT 2011
Pagi yang indah ini,kami breakfast roti dan jem sahaja,cukup la bagi mengalas perut.Roti dan jem beli malam tadi kat Ocean Mart berhampiran McD Ao Nang.Menagapa Ocean Mart tidak 7E??Sebab disini banyak produk ada cop halal :))) Kos roti dan jem rm2.50 sahaja.
Tepat jam 0830am van pun datang dan kami dibawa berkumpul bersama2 group lain jarak kira-kira 5 minit dari hotel.Setelah di regroup kami dibawa pula menaiki lori macam bas duk ramai2 kat belakang ke jeti di Nappo Thara beach.Di sana bot telah tersedia.Difahamkan ombak yg kuat menyebabkan lokasi boarding kami ditukar.
Ini adalah kali kedua aku menjelajah ke Phi Phi Island dan yang pertama bagi Pn Azlin.Dia nampak seronok campur cuak sikit.Pakej ini berharga rm100/pax mencakupi 7 buah pulau sekitar Koh Phi Phi.Lunch,makanan ringan,buah,air,jaket dan gogle disediakan.Semuanya ditanggung halal dan beres.Trip mengambil masa dari 9am-4pm.


menuju ke speed boat.

keadaan dalam boat.1st destination 45minit-bamboo island.
cave island.kegiatan memungut sarang burung disini telah dihentikan.
gugusan koh phi phi
cantik kalo tengok live.

long tail boat.

bamboo island 18 sx :)


maya beach..18sx lagi :))
on the way to monkeys beach
phi phi don island lebih happening.1jam dari Ao Nang dgn speed boat.Muslim village ni.
mandi manda @maya beach.pantai cantik.bersebelahan dengan osama beach


Dah kenyang makan tiba ke destinasi terakhir untuk snorkeling.Tapi malangnya tak sampai 5 minit aku masuk ke dalam air, kaki telah terpijak landak laut.Sakit teramat sangat,leader guide letak air pepsi kat tapak kaki aku dan ketuk-ketuk dengan selipar.Katanya lagi bagus kalo letak air kencing :))) Tujuan di ketuk-ketuk ke dalam katanya duri landak bagus sebagai nutrien untuk badan.Ntahlah!Aku macam tak konfiden jer.Katanye lagi kalo pergi klinik pun doctor takkan keluarkan duri tu.Aku pun pasrah.Ramai jugak yang nak tolong siap nagi pain killer lagi,terima kasih.
Tepat jam 415pm kami selamat mendarat kembali ker Nappon Thara beach dan transport sedia menunggu untuk bawa kami balik ke hotel masing-masing.Lebih kurang pukul 5pm kami sampai di bilik..mandi-mandi and sambung tido...pehhh penat.Kaki masih sakit........

Pukul 830pm dah siap-siap mandi lagi,kami pun keluar cari makan.Mana lagi kalau bukan Ao Nang street.Jalan lebih kurang 10 minit sambil pilih-pilih restoran halal,Pn Azlin ternampak satu signboard restoran yang agak ekslusif.SEAFOOD STREET namanya,lorong bersebelahan Chaba Restoran,
Kami pun usha...dan ada satu tanda halal...da belek-belek menu memang harga dia agak mahal,telur dadar rm12.Gulp!!! Tapi kami nak cuba jugak!
So duduk dan terus order,captain nye bole cakap melayu.Kami order tom yam seafood rm20,telur dadar rm12,nescafe rm3,ais lemon tea rm9 nasi putih 2 rm6.Ngam-ngam rm50.
Seriusly tom yam dia memang cap AAA.Sangat sedap ala-ala rasa 'pok tek' yang berlemak dan super pedas,telur dadar cam biasa jer.BANLAY SEAFOOD namanye restoran ini,betul-betul tepi laut dan servis ada class,memang aku suggest untuk rakan-rakan yang lain.Dah kenyang apalagi bayar and bagi tips rm5.


ada 5 kedai di seafood street,hanya banlay seafood yang halal.
tom yam yang dimaksudkan.memang sodap!

Banlay Seafood.tak ramai org pun.

Betul-betul tepi pantai bole tengok ketam main-main lagi.best!

lorong masuk.
 Lepas kenyang,sambung jalan-jalan sikit pastu terus balik bilik pasal penat siang masih tak hilang lagi.Kaki pun masih sakit...Aktiviti esok free and easy,bebas berehat dan pergi kemana sahaja yang disukai.Walaupun bole memilih untuk trip ke Hong and Fu Island atau jungle trekking atau elephant riding n mandi sungai...errr esok baru pikir lar.Sambung ZZZZZ

Tuesday 11 October 2011

EDISI REPORT:DAY 1- AO NANG KRABI HOLIDAY

Hola..malam ni mendapat semangat untuk mengupdate sikit pengalaman bercuti ke Ao Nang,Krabi bersama Pn Azlin.Harap bole menjadi rujukan buat sahabat2 yang lain.
Ok trip ini adalah selama 4H3M.Kami telah bertolak pada 8 oct 2011 dengan menaiki pesawat Air Asia dari KL LCCT ke Krabi,Thailand.Penerbangan mengambil masa selama 1jam 20minit.
Kami memilih Krabi sebagai destinasi kerana tambang pada tarikh ini murah :) iaitiu rm150 return/pax.Penginapan hotel dan airport transfers telah di booked siap-siap dari KL.
Berikut adalah agenda.

18OCT 2011
Bersiap seawal jam 8am,kami menaiki teksi dari Kota Damansara ke One Utama untuk mengambil Sky Bus menuju ke LCCT.(tambang teksi rm10 dan tiket bas rm15/pax sehala).Bas bertolak pada pukul 9am dan tiba di LCCT pada jam 1015am.Kami menghabiskan masa kira2 sejam bersarapan di marrybrown sebelum terus ke departure hall.tak perlu check in sebab dah check in thru web sehari sebelum.Kapal berlepas jam 1335pm.
Kami tiba di Krabi pada jam 1350 waktu tempatan.(GMT+7).Setiba di Krabi En Rashid Krabi telah bersedia menunggu kami sambil memegang kertas tertera nama aku.Sirius En Rashid nampak cute time tuh hahahah!!! Perjalanan ke hotel di Ao Nang lebih kurang 30minit.Kami menginap di Aree Tara Resort.Normal room rate adalah rm250/night tapi kali ini nasib baik dapat diskaun.Cuma perlu bayar rm100 jer selama 3 malam.

bilik tgkt 5.balkoni facing pool.Bilik Ground floor connect terus ke pool.Best!


masuk2 je bilik dah ada 2 ekor gajah atas tilam.katil ala2 pangkin :)
Aree Tara Resort ini berkelas 4 bintang tapi memandangkan kami datang pada low season jadi harga promosinya agak mampu milik tapi tanpa breakgfast,lagipun tiada status halal :)
2-3jam relaks dalam bilik kami pun bersiap nak keluar jalan2 cari makan.Plannyer ialah ke Krabi town Night Market(fri-sun only).Belek nyer belek rege transport agak tak masuk akal la jugak-taxi rm100 return,tuk tuk van rm80 return...last2 ada sorang rider tuk-tuk motor offer rm50 return,sebab dia peramah dan baik hati kami pun terus setuju.Perjalanan selama 25minit(dekat sikit jer dari airport).


inilah rider dan kenderaannye.macam x larat naik bukit tp best.
Sesampai di Night Market hari masih terang,sebab kami keluar agak awal.So janji dengan rider jumpa semula kat tempat dia drop kami lagi 2jam.Landmark Night Market ini ialah caveman traffic light(ada tugu orang batu).Jalan-jalan pusing2 market kami lihat macam2 barang dijual tapi terus terang cakap  takdelah best mana pun,barang2 tiruan memang takkan jumpa kat sini.Tapi yang menarik perhatian adalah makanan tempatannya.Macam best!OH lupa nak bagitau,makanan halal bukan masalah disini lebih2 lagi di Ao Nang kerana populasi muslim hampir 90%.
Antara yg menarik-

rasanya anak-anak yatim ni.

pulut panggang,lepat pisang,pulut ayam dll

souvenir-key chain.magnet dll

barang perhiasan dan souvenir.

aku lupe ar...kepah kan ni?rega rm1.50 satu

ni feberet aku dimana2 saja.rm2 satu siap telur,rm1 takdertelur :)
So dah pusing2 dalam sejam kami amik keputusan nak makan.Aku ngan Puan Azlin telah membeli lepat pisang,pulut panggang,phad thai(macam lasa halus goreng,sedap!),2 sotong ngan 4 kepah dan air tebu.Kos dalam rm16.Kerusi meja disediakan sambil tengok karaoke tapi tak paham dia nyanyi apa.
Lepas selesai makan pusing2 balik beli souvenir yakni magnet dan key chain kos rm20 kemudian terus ke window2 shopping sambil tunggu bro rider.
Tepat pukul 8 bro rider sampai dan terus pulang ke Ao Nang.Kami request nak turun di area Mcd pasal nak jalan kaki balik melalui Ao Nang street centre.Kira2 1Km dari hotel.
On the way balik jalan kaki tu siap tapau nasi goreng curry seafood(yumyum) rm9.50 dan minum air kelapa rm6 di Chaba restoran.
Dah sampai bilik relaks2 sekejap,makan dan terus tidur,Besoknyer nak pergi ke Phi Phi island.Van akan datang pukul 830am.ZZZZZZZZZ

Friday 29 July 2011

Hola!!!!!

Salam,memang sgt lama aku x update blog kesayangan nih.da dekat 3 bulan rasanya.Kerana sibuk menguruskan Hotplate Kitchen aku dah kehilangan masa online ku.HUHU betullah kata org,menguruskan kedai makan memang memenatkan.Keluar awal pagi,balik tgh malam.Ada masa terluang kena melawat pasar borong plak,sehingga aku da jadi mayor kat pasar borong selayang hahah.Semoga Allah swt mempermudahkan rezeki bagiku sekeluarga.
Kepada teman2,sahabat handai,sedara mara,sepupu sepapat,yg kenal or tak kenal diri ini kalo ada kelapangan datang ar ke Lifestyle Food Channel,Wangsawalk.Bole try sizzling hotplate n claypot chicken rice aku.Tempat ni masih baru dan ramai yg masih tak tahu tentang kewujudan foodcourt ni kerana usianyer yg baru mencecah 3 bulan.Mintak tolong war2kan kepada rakan2 anda k.
Sekarang aku terpikir nk update sesuatu.apakah itu....Nanti2 ar.

Friday 15 April 2011

TORRES RAMPAS KEKASIH ANCELOTTI!




Kisah yang baru sahaja berlaku di Stamford Bridge.

Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat.
Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

“Hoi! Bising la korang ni! Jangan main bola di dalam pesawat, bahaya!”,bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga kerana situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk periksa ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! “Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?”



“Abisnya tak boleh main bola di
dalam kapal. jadi mereka main bola di luar.”



“Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?”



“Kan kami pemain simpanan….”
.............................................................................................
*edisi cilok!huahuahuahua

KALO RASA HENSEM!

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...
..........................................................................................................................
*edisi cilok nih! huahuahua

Wednesday 13 April 2011

TONTON RAPAT-RAPAT!

BERIKUT ADALAH TIPS UNTUK MENGORAT AWEK KOREA!




Layan jer lah..apa nk wat lg time2 gini.Mata pun x ngantuk,ada satu event bachelorette party AAE Resources nk masukkan kt sini tp cam maleh plak.Tunggu esok2 jer ar,mana aku simpan gambar pun dah lupe :) hmmm...

Monday 11 April 2011

TONTONAN UMUM!

JUST KIDDING FILMS
Meh melayan jap video from korean kalo x silap team nih. ...ada idea,klakar,bangang n ada sket2 pelajaran...hahah

Ada few video lg from Just Kidding Films tapi ada yg sensored.Melawak terlampau kekadang x baek,suka2 sgt pun x elok hihihi nak tgk full ada kt you tube.mana lagi!Muax>>>

Sunday 10 April 2011

EDISI RENUNGAN:HARI KIAMAT

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

Saturday 26 March 2011

EVENT:BEDAY PARTY LIN N SABA!

Hah dah lama x update..minggu ni pack sgt,tambahan plak pengguna broadband cam aku ni ditindas walau berada dlm territory dorang!!!.Rest pun kurang pasal ada beberapa dateline nak kejar,nasib ar org yg suka wat keja last minit nih!Ni pun baru balik dari wedding Embest kt Kuang.. huhuh sempat gak menikmati panorama indah Tasik Biru on the way td..
Malam tadi AAE Resources telah menganjurkan satu event besday tertunda untuk Pn Azlin N Pn Saba,lokasi kt umah aku!Konsep Black n White Bling2,tetamu lebih kurang 15 org jer..nak wat camna umah den kocik,semua kwn2 Pn Azlin.
Selain besday party,AAE Resources dan gabungannyer Lil Cake Lover turut menyediakan event tuk baby shower,bachelor/bachelorette,social event,gubahan hantaran kahwin,tempahan cupcake,cake,biskut dan mcm2 lagi.Aku paling suke makanan2 dorang.Cake dia mmg sodap!
Sekilas sekitar persiapan dan majlis...




                                          

                                
                                          


 




                                
                                        


berminat untuk tempahan event anda?! Hubungi  wakil AAE Resources..email: azlinamardesign@gmail.com atau links http://azlinamardesign.blogspot.com  TERIMA KASIH!

Saturday 19 March 2011

EDISI MAKAN: WARUNG POK SU DAN MOK SU

disini lah ia!
                                           
Huhu trip balik kg kali ni aku ngan Pn Azlin sempat pi mamam kt Warung Poksu n Moksu.Lokasi kt Tanjung Lumpur bersebelahan Balai Polis Peramu.Mmg da jd kebiasaan kalo nk makan sata aku akan pilih warung ni atau warung Mokna(next time k Mokna!), walau ada beberapa warung lain yg jual menu yg sama.Selain sata,menu kegemaran kt sini ialah ikan kembong goreng tepung,udang tepung,pulut panggang,nasi kerabu,kuih muih org pantai timur,otak2 n kopok lekor.Kopok lekor area pantai timur mmg terbaek wok!Rega sata,kuih muih ngan kopok lepor 3=rm1,murah wok!Kt sini baru aku tau otak2 yg slalu makan kt Kl or belah2 selatan mmg lain.Kt sini pakai isi ikan ori n cam ada kuah2 sket.Ok ar.. jarang aku miss singgah Tanjung Lumpur kalo balik Kuantan.Kalo rajin sampai Kemaman jalan cari food camnih.
Warung Poksu n Moksu ni penuh kalo time2 holiday ,nasib baik aku g td ok jer,keadaan terkawal.
Hmmm..ingat malam nk g makan kt restoran Ana Ikan Bakar Petai tp cam x sempat jer.Xpe next time ar.





 Hah tu dia air kelapa pun ada! Tp aku bukan ahli fotograpi,Seni amik gambar mmg xdar ar.Hahahaha!!!janji aku suke dah HIHI~

Thursday 17 March 2011

SANAHILWAH YA JAMILAH!

Hepi besday Pn Azlin.Enjoy your wonderfull and fastastic momment!
Stay cute forever .hihi~ muaxx!!


Tuesday 15 March 2011

JAPAN BLAST

Ada sikit foto2 tsunami yg melanda Jepun ,wat tatapan dan muhasabah diri.Teringat tragedi 2004 yg melanda Acheh,Sri Lanka,Phuket dan x terkecuali Penang ngan Kedah.Aku bersyukur sebab pada masa tu kitorang reramai plan nk overnight kat pantai Batu Feringghi pas balik dari wedding Tengku Bahrin kt Taiping.Nasib baik  tukar plan tido kt Ipoh, dek kerana terlalu penat.Beberapa tahun pas tu aku berkesempatan melawat kawasan yg dilanda tsunami kt Colombo,Sri Lanka ngan Phuket.Ternayata kesan kemusnahan,trauma dan mcm2 lg ar x bole nk settle dalam masa sekejap.Apatah lg yg baru berlaku di Jepun nih.





AWAS PAPAN TANDA INI 

BERHATI2 KETIKA MENGUNJUNGI KAWASAN BERISIKO!