Tuesday 11 October 2011

EDISI REPORT:DAY 1- AO NANG KRABI HOLIDAY

Hola..malam ni mendapat semangat untuk mengupdate sikit pengalaman bercuti ke Ao Nang,Krabi bersama Pn Azlin.Harap bole menjadi rujukan buat sahabat2 yang lain.
Ok trip ini adalah selama 4H3M.Kami telah bertolak pada 8 oct 2011 dengan menaiki pesawat Air Asia dari KL LCCT ke Krabi,Thailand.Penerbangan mengambil masa selama 1jam 20minit.
Kami memilih Krabi sebagai destinasi kerana tambang pada tarikh ini murah :) iaitiu rm150 return/pax.Penginapan hotel dan airport transfers telah di booked siap-siap dari KL.
Berikut adalah agenda.

18OCT 2011
Bersiap seawal jam 8am,kami menaiki teksi dari Kota Damansara ke One Utama untuk mengambil Sky Bus menuju ke LCCT.(tambang teksi rm10 dan tiket bas rm15/pax sehala).Bas bertolak pada pukul 9am dan tiba di LCCT pada jam 1015am.Kami menghabiskan masa kira2 sejam bersarapan di marrybrown sebelum terus ke departure hall.tak perlu check in sebab dah check in thru web sehari sebelum.Kapal berlepas jam 1335pm.
Kami tiba di Krabi pada jam 1350 waktu tempatan.(GMT+7).Setiba di Krabi En Rashid Krabi telah bersedia menunggu kami sambil memegang kertas tertera nama aku.Sirius En Rashid nampak cute time tuh hahahah!!! Perjalanan ke hotel di Ao Nang lebih kurang 30minit.Kami menginap di Aree Tara Resort.Normal room rate adalah rm250/night tapi kali ini nasib baik dapat diskaun.Cuma perlu bayar rm100 jer selama 3 malam.

bilik tgkt 5.balkoni facing pool.Bilik Ground floor connect terus ke pool.Best!


masuk2 je bilik dah ada 2 ekor gajah atas tilam.katil ala2 pangkin :)
Aree Tara Resort ini berkelas 4 bintang tapi memandangkan kami datang pada low season jadi harga promosinya agak mampu milik tapi tanpa breakgfast,lagipun tiada status halal :)
2-3jam relaks dalam bilik kami pun bersiap nak keluar jalan2 cari makan.Plannyer ialah ke Krabi town Night Market(fri-sun only).Belek nyer belek rege transport agak tak masuk akal la jugak-taxi rm100 return,tuk tuk van rm80 return...last2 ada sorang rider tuk-tuk motor offer rm50 return,sebab dia peramah dan baik hati kami pun terus setuju.Perjalanan selama 25minit(dekat sikit jer dari airport).


inilah rider dan kenderaannye.macam x larat naik bukit tp best.
Sesampai di Night Market hari masih terang,sebab kami keluar agak awal.So janji dengan rider jumpa semula kat tempat dia drop kami lagi 2jam.Landmark Night Market ini ialah caveman traffic light(ada tugu orang batu).Jalan-jalan pusing2 market kami lihat macam2 barang dijual tapi terus terang cakap  takdelah best mana pun,barang2 tiruan memang takkan jumpa kat sini.Tapi yang menarik perhatian adalah makanan tempatannya.Macam best!OH lupa nak bagitau,makanan halal bukan masalah disini lebih2 lagi di Ao Nang kerana populasi muslim hampir 90%.
Antara yg menarik-

rasanya anak-anak yatim ni.

pulut panggang,lepat pisang,pulut ayam dll

souvenir-key chain.magnet dll

barang perhiasan dan souvenir.

aku lupe ar...kepah kan ni?rega rm1.50 satu

ni feberet aku dimana2 saja.rm2 satu siap telur,rm1 takdertelur :)
So dah pusing2 dalam sejam kami amik keputusan nak makan.Aku ngan Puan Azlin telah membeli lepat pisang,pulut panggang,phad thai(macam lasa halus goreng,sedap!),2 sotong ngan 4 kepah dan air tebu.Kos dalam rm16.Kerusi meja disediakan sambil tengok karaoke tapi tak paham dia nyanyi apa.
Lepas selesai makan pusing2 balik beli souvenir yakni magnet dan key chain kos rm20 kemudian terus ke window2 shopping sambil tunggu bro rider.
Tepat pukul 8 bro rider sampai dan terus pulang ke Ao Nang.Kami request nak turun di area Mcd pasal nak jalan kaki balik melalui Ao Nang street centre.Kira2 1Km dari hotel.
On the way balik jalan kaki tu siap tapau nasi goreng curry seafood(yumyum) rm9.50 dan minum air kelapa rm6 di Chaba restoran.
Dah sampai bilik relaks2 sekejap,makan dan terus tidur,Besoknyer nak pergi ke Phi Phi island.Van akan datang pukul 830am.ZZZZZZZZZ

No comments:

Post a Comment