Wednesday 12 October 2011

EDISI REPORT:DAY2- AO NANG,KARABI HOLIDAY

DAY 1 bole klik SINI!

19 OCT 2011
Pagi yang indah ini,kami breakfast roti dan jem sahaja,cukup la bagi mengalas perut.Roti dan jem beli malam tadi kat Ocean Mart berhampiran McD Ao Nang.Menagapa Ocean Mart tidak 7E??Sebab disini banyak produk ada cop halal :))) Kos roti dan jem rm2.50 sahaja.
Tepat jam 0830am van pun datang dan kami dibawa berkumpul bersama2 group lain jarak kira-kira 5 minit dari hotel.Setelah di regroup kami dibawa pula menaiki lori macam bas duk ramai2 kat belakang ke jeti di Nappo Thara beach.Di sana bot telah tersedia.Difahamkan ombak yg kuat menyebabkan lokasi boarding kami ditukar.
Ini adalah kali kedua aku menjelajah ke Phi Phi Island dan yang pertama bagi Pn Azlin.Dia nampak seronok campur cuak sikit.Pakej ini berharga rm100/pax mencakupi 7 buah pulau sekitar Koh Phi Phi.Lunch,makanan ringan,buah,air,jaket dan gogle disediakan.Semuanya ditanggung halal dan beres.Trip mengambil masa dari 9am-4pm.


menuju ke speed boat.

keadaan dalam boat.1st destination 45minit-bamboo island.
cave island.kegiatan memungut sarang burung disini telah dihentikan.
gugusan koh phi phi
cantik kalo tengok live.

long tail boat.

bamboo island 18 sx :)


maya beach..18sx lagi :))
on the way to monkeys beach
phi phi don island lebih happening.1jam dari Ao Nang dgn speed boat.Muslim village ni.
mandi manda @maya beach.pantai cantik.bersebelahan dengan osama beach


Dah kenyang makan tiba ke destinasi terakhir untuk snorkeling.Tapi malangnya tak sampai 5 minit aku masuk ke dalam air, kaki telah terpijak landak laut.Sakit teramat sangat,leader guide letak air pepsi kat tapak kaki aku dan ketuk-ketuk dengan selipar.Katanya lagi bagus kalo letak air kencing :))) Tujuan di ketuk-ketuk ke dalam katanya duri landak bagus sebagai nutrien untuk badan.Ntahlah!Aku macam tak konfiden jer.Katanye lagi kalo pergi klinik pun doctor takkan keluarkan duri tu.Aku pun pasrah.Ramai jugak yang nak tolong siap nagi pain killer lagi,terima kasih.
Tepat jam 415pm kami selamat mendarat kembali ker Nappon Thara beach dan transport sedia menunggu untuk bawa kami balik ke hotel masing-masing.Lebih kurang pukul 5pm kami sampai di bilik..mandi-mandi and sambung tido...pehhh penat.Kaki masih sakit........

Pukul 830pm dah siap-siap mandi lagi,kami pun keluar cari makan.Mana lagi kalau bukan Ao Nang street.Jalan lebih kurang 10 minit sambil pilih-pilih restoran halal,Pn Azlin ternampak satu signboard restoran yang agak ekslusif.SEAFOOD STREET namanya,lorong bersebelahan Chaba Restoran,
Kami pun usha...dan ada satu tanda halal...da belek-belek menu memang harga dia agak mahal,telur dadar rm12.Gulp!!! Tapi kami nak cuba jugak!
So duduk dan terus order,captain nye bole cakap melayu.Kami order tom yam seafood rm20,telur dadar rm12,nescafe rm3,ais lemon tea rm9 nasi putih 2 rm6.Ngam-ngam rm50.
Seriusly tom yam dia memang cap AAA.Sangat sedap ala-ala rasa 'pok tek' yang berlemak dan super pedas,telur dadar cam biasa jer.BANLAY SEAFOOD namanye restoran ini,betul-betul tepi laut dan servis ada class,memang aku suggest untuk rakan-rakan yang lain.Dah kenyang apalagi bayar and bagi tips rm5.


ada 5 kedai di seafood street,hanya banlay seafood yang halal.
tom yam yang dimaksudkan.memang sodap!

Banlay Seafood.tak ramai org pun.

Betul-betul tepi pantai bole tengok ketam main-main lagi.best!

lorong masuk.
 Lepas kenyang,sambung jalan-jalan sikit pastu terus balik bilik pasal penat siang masih tak hilang lagi.Kaki pun masih sakit...Aktiviti esok free and easy,bebas berehat dan pergi kemana sahaja yang disukai.Walaupun bole memilih untuk trip ke Hong and Fu Island atau jungle trekking atau elephant riding n mandi sungai...errr esok baru pikir lar.Sambung ZZZZZ

2 comments:

  1. Salam,

    Nak tanya, untuk trip ke Phi Phi island, pik up by van tu, deal dengan pakej mane ye? ke dengan hotel je?

    ReplyDelete